Trending
Isu Jeti RM50K: SPRM Sahkan Tiada Unsur Rasuah
Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial selepas rakyat berasa pelik JKR Miri, Sarawak berkongsi kos pembinaan jeti kayu di Kampung Mutap yang didakwa telah menelan kos sehingga RM50,000.
BACA: Ramai Terkejut Lihat Jeti Kayu Kecil Dikatakan Telah Menelan Kos Sebanyak RM50,000
Selepas mendapat tekanan dari orang ramai, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil menyiasat perkara ini. Hasil siasatan bagaimanapun mendapati, tiada sebarang unsur rasuah dalam projek pembinaan jeti kayu terbabit.
Memetik laporan BERNAMA, sumber SPRM berkata kayu yang digunakan untuk membina jeti kayu terbabit memang benar telah menelan kos RM50,000. Ini selepas mereka menggunakan kayu belian asli dan telahpun disahkan pakar.
Hasil penelitian yang dibuat, tidak menunjukkan terdapat sebarang rasuah atau penyelewengan dalam projek berkenaan. – Kata sumber SPRM.
Hasil siasatan ini turut disahkan sendiri oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang dihubungi BERNAMA. Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai isu ini.
Kredit: BERNAMA
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM