Connect with us

Oh! Media

Isu Eksoz Bising: “Kita Mahu Jaga Keselamatan & Keselesaan Orang Ramai – Ketua Polis Negara

ohmedia 6

Trending

Isu Eksoz Bising: “Kita Mahu Jaga Keselamatan & Keselesaan Orang Ramai – Ketua Polis Negara

Isu ekzos bising nampaknya masih menjadi perbualan ramai penunggang motosikal yang merasakan undang-undang ini sangat ‘kejam’ dan ada juga yang menuduh PDRM cuba mengaut keuntungan.

Tuduhan ini semua mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan menafikannya serta merasakan tuduhan ini tidak adil.

Menjadi tanggungjawab polis melindungi penduduk yang selama ini sengsara dengan bunyi bising ekzos itu.

Saya ingatkan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT) untuk tidak patah semangat kerana kritikan sesetengah pihak.

Kita mahu jaga keselamatan dan keselesaan orang yang tinggal khususnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah kos rendah yang sering berdepan bunyi bising itu. – Katanya.

Setakat ini pihaknya telah mengeluarkan 5,721 saman yang bermula sejak 1 Mac hingga sekarang. Tak sampai 1 bulan gais!

IKLAN

Apapun, undang-undang ini sudah lama dibuat untuk kita semua patuhi tapi sekarang ia sedang dikuatkuasakan. Jadi, kita hanya perlu ikut undang-undang yang tersedia.

Kredit: Berita Harian (Faris Fuad)

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas