Connect with us

Oh! Media

Isteri Tekad Hamil Hasil Hubungan Dengan Lelaki Lain Kerana Selalu Dituduh Mandul Oleh Suami

Ohmedia mandul

Trending

Isteri Tekad Hamil Hasil Hubungan Dengan Lelaki Lain Kerana Selalu Dituduh Mandul Oleh Suami

Memang tidak dapat dinafikan setiap pasangan suami isteri ada dugaan mereka tersendiri dalam memastikan kehidupan bahagia dan kekal hingga akhir hayat.

Macam baru-baru ini tersebar satu perkongsian di Twitter dari seorang pakai perubatan yang mendedahkan  terdapat seorang wanita bergelar isteri datang untuk menggugurkan kandungan hasil hubungan terlarang dengan lelaki lain.

Suami tuduh isteri mandul

Difahamkan, wanita itu sudah berkahwin selama lima tahun dan dituduh mandul oleh suaminya kerana masih lagi gagal mempunyai cahaya mata sepanjang perkahwinan.

IKLAN

Cerita individu itu lagi, suami wanita itu juga tidak pernah ikut melakukan pemeriksaan kesihatan dan kesuburan.

Berikutan cemuhan yang diterima setiap hari oleh suaminya, wanita itu kemudian membuat keputusan di luar jangkaan apabila dia menjalinkan hubungan dengan lelaki lain sehingga hamil.

Tidak mahu wanita itu gugurkan bayi..

Namun begitu, pakar perubatan tersebut enggan menggugurkan kandungan tersebut kerana tiada masalah kesihatan dan merujuk wanita berkenaan kepada kaunselor untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaiknya.

Maaf, tiada sebab untuk digugurkan. Mereka dirujuk kepada kaunselor untuk cari jalan penyelesaian.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meluahkan pendapat masing-masing mengenai isu itu.

Image 109

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas