Connect with us

Oh! Media

“Isteri Kecil, Suspek Berbadan Besar Tak Dapat Saya Bayangkan” – Suami Norshamira

Om Featured New 1200x675   2

Trending

“Isteri Kecil, Suspek Berbadan Besar Tak Dapat Saya Bayangkan” – Suami Norshamira

Muhammad Afiq Akmal Nudin iaitu suami kepada peniaga wanita yang dibunuh kejam di Kuantan, Norshamira masih terkejut dan tidak dapat membayangkan bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

Suami tak dapat bayangkan kejadian itu

Norshamira Cod

Menurut laporan Kosmo, kejadian yang meragut nyawa Norshamira Zainal itu berlaku selepas dia menghantar sambal ikan bilis garing kepada pelanggan lelaki yang kini menjadi suspek utama kes tersebut.

Isteri saya bertubuh kecil, manakala dia (suspek) berbadan besar. Saya tidak dapat membayangkan kejadian itu (pembunuhan).

Norshamira hanya hantar pesanan pelanggan

477408210 1101868715314566 9012774861060685569 n

Menurut laporan, Norshamira ke rumah pelanggan suspek pada petang Rabu lalu untuk menghantar tempahan makanan. Malangnya, dia tidak pulang ke rumah seperti biasa.

IKLAN

Keesokan harinya, mayatnya ditemui di tepi Sungai Kuantan dalam keadaan menyayat hati.

Lelaki dan wanita, bukan sesama lelaki

Suami mangsa turut menekankan bahawa ini bukan pergelutan antara dua lelaki, tetapi seorang lelaki dan seorang wanita yang tidak berdaya melawan.

Kejadian bukan (me­libatkan) lelaki dan lelaki, tetapi lelaki dan wanita.

Sehingga kini, pihak berkuasa masih menyiasat motif pembunuhan dan mengumpul bukti bagi mendakwa suspek di mahkamah.

Om Featured New 1200x675   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas