Connect with us

Oh! Media

Iqram Dinzly Cerita Sifat Allahyarhamah Akiko Okumura Yang Sangat Taat Setia Pada Ridzuan Ridzokumura

Copy of Untitled Design   2

Trending

Iqram Dinzly Cerita Sifat Allahyarhamah Akiko Okumura Yang Sangat Taat Setia Pada Ridzuan Ridzokumura

Pelakon, Iqram Dinzly meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat bersama sahabatnya, Ridzuan Ridzokumura ketika kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Akiko Okumura atau nama Islamnya Aishah Binti Abdullah.

Namun, Iqram tetap berusaha menghadiri upacara pengebumian arwah selepas selesai penggambaran.


“Bidadari dunia dan syurga yang setia” – Iqram Dinzly

Dalam satu hantaran di Instagram, Iqram menyatakan rasa syukurnya kerana dapat bersama Ridzuan dan anaknya, Sky Tyzo Okumura menyambut jenazah ke liang lahad.

IKLAN

Saya hormati dan sanjungi peradaban yang tinggi sebagai seorang isteri yang taat setia pada suami.

Menurutnya, Akiko seorang wanita yang memiliki adab dan akhlak tinggi, sesuatu yang semakin pupus di zaman sekarang.

Awak insan bertuah, Allah kurniakan pinjaman bidadari dunia dan syurga yang setia korbankan segalanya demi cinta terhadap suami dan anaknya.

Ridzuan diminta terus bangkit

Dalam nukilannya, Iqram turut memberi semangat kepada Ridzuan agar terus tabah menjalani kehidupan bersama anak mereka.

Saya respect ketabahan awak dalam melayari rumah tangga dengan berkongsi kebahagiaan privasi famili sehingga menjadi inspirasi ramai.

Iqram juga bersyukur kerana dapat mengenali Akiko, menyifatkan arwah sebagai seorang wanita yang penuh hormat dan berbudi bahasa.

#ApaKataOhmedia

Hargailah insan tersayang selagi mereka masih ada. Setiap detik bersama keluarga adalah satu anugerah yang tidak ternilai.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Iqram Dinzly


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas