Trending
Iqbal Zulkefli Teman Siti Jamumall Buat Pemeriksaan Di Hospital, Tuan Badan Bersuara!
Iqbal Zulkefli teman Siti Jamumall ke hospital. Ini sebabnya!
Personaliti media sosial dan usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli, mencuri perhatian selepas berkongsi video menemani pempengaruh Siti Jamumall menjalani pemeriksaan kandungan.
Menerusi TikTok, Iqbal menjelaskan tujuan perkongsian tersebut adalah bagi mengelakkan fitnah, memandangkan Siti masih dalam tempoh iddah selepas perpisahan dengan suaminya, Aiman.
Kehadiran saya ini tidak mahu dijadikan isu atau penyebab Aiman dan Siti bergaduh.
Harap Siti dan Aiman kembali bersatu demi anak-anak
Iqbal turut meluahkan harapan agar Siti dan Aiman dapat berdamai dan kembali bersama demi anak-anak mereka, meskipun akur jika tiada lagi jodoh antara kedua-duanya.
Saya kalau boleh, nak Siti kembali pada Aiman. Kalau tiada jodoh, berbaiklah demi anak.
“Biar semua dapat kebaikan” – Iqbal Zulkefli

Dalam pada itu, Iqbal sempat berkongsi pandangan mengenai kehidupan dan perniagaan yang sepatutnya dilalui dengan kejujuran dan kejelasan.
Bisnes ini sama seperti kehidupan. Jangan sulitkan dan biar jelas.
Kalau dalam berkawan kita tak jujur, jawapan itu akan sentiasa berubah-ubah.
Kalau korang tengok ruangan komen, ramai netizen memuji sopan santun dan keikhlasan Iqbal, malah ada yang berseloroh agar beliau berjodohan dengan Siti kerana nampak serasi bersama.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM