Connect with us

Oh! Media

Trending

Intan Serah Akui Masih Single, Namun Sesetengah Lelaki Takut Mendekatinya

Pemain bola sepak wanita kebangsaan, Intan Serah berkongsi bahawa dirinya masih lagi solo dan menghadapi kesukaran untuk mencari pasangan hidup, terutama di luar bidang sukan.

Menurut Intan atau nama sebenarnya Intan Sarah Anisah Zulgafli, sikapnya yang agak kasar mungkin membuatkan sesetengah lelaki takut untuk mendekatinya.

IKLAN

Intan ingin rasa disayangi

Intan

Saya bukan tak mahu bercinta, tapi saya rasa lelaki kurang selesa dengan sikap kasar saya. Tapi inilah diri saya.

Saya pun macam wanita lain, ada perasaan nak disayangi dan dijaga. Cuma but masa ini saya masih sendiri. Mungkin lelaki takut dengan saya.

Pasangan bukan ahli sukan jadi pilihan Intan

Intan

Sebagai wanita, terdapat ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman Intan. Dia mahukan seseorang yang boleh memahami sikapnya serta tidak mudah berkecil hati. Lebih selesa jika pasangannya bukan dari bidang sukan.

Cukuplah saya seorang yang terlibat dalam sukan. Kalau boleh, saya nak lelaki yang bekerja dalam bidang lain. Yang paling penting, dia perlu faham perangai saya yang sekarang ini. Tapi sebenarnya, saya ada juga sisi manja saya.

Walaupun masih belum bertemu jodoh, Intan tidak menolak kemungkinan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat jika bertemu pasangan yang sesuai.

#OhmediaNasihat

Min rasa ramai je lelaki yang minat Intan di luar sana. Harap cepat bertemu jodoh ya. Dan terus fokus dengan kerjaya sebagai pemain bola sepak Negara. 

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Astro Gempak


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas