Connect with us

Oh! Media

MB Negeri Sembilan Perjelas Larangan Pemasangan Khemah Di Port Dickson

Copy of Untitled Design   2

Trending

MB Negeri Sembilan Perjelas Larangan Pemasangan Khemah Di Port Dickson

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa keputusan melarang pemasangan khemah di 11 pantai sekitar Port Dickson perlu dihormati oleh semua pihak.

Menurut laporan Astro Awani, keputusan ini dibuat bukan suka-suka, tetapi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, termasuk jenayah dan perbuatan maksiat.

“Jangan nanti PBT & MB dipersalahkan” – MB Negeri Sembilan

Khemah Biru

Menurut Aminuddin, peraturan ini penting demi keselamatan dan kesejahteraan pengunjung.

IKLAN

Kalau tiada peraturan, kita lagi susah. Kalau tiba-tiba esok ada kes rogol dalam khemah, yang dipersalahkan nanti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Menteri Besar kerana telah beri kebenaran.

Katanya lagi, larangan ini telah mengambil kira pelbagai pandangan orang ramai dan bukan keputusan tergesa-gesa.

Jangan bertindak ikut perasaan

Aminuddin harun talk bernama 1 osjpg

Aminuddin turut mengingatkan agar tidak memboikot keputusan ini secara melulu, kerana ia dilakukan demi keselamatan, adab, dan kesesuaian di kawasan pelancongan tersebut.

Jangan esok kita boikot, kita merugikan bangsa kita sendiri. Jangan ikut perasaan, tetapi kita tengok keselamatan, kesesuaian, adab dan suasana.

Setakat ini, peraturan ini terus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Apa pendapat anda?

#ApaKataOhmedia

Setiap peraturan yang dibuat pasti ada sebabnya. Hormatilah keputusan ini dan jadilah pelancong yang bertanggungjawab demi keselamatan bersama.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Astro Awani


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas