Baru-baru ini hangat pasal isu rider perempuan foodpanda kehilangan motosikal yang merupakan kenderaan sumber pencarian rezekinya. Kalau korang nak tahu, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan memberikan Athirah sebuah motosikal untuk dirinya kembali bekerja seperti sebelum ini.
Menurut laporan Harian Metro, Tengku Permaisuri Norashikin berasa sedih apabila mendapat tahu tentang nasib yang menimpa Athirah beberapa hari lepas. Hadiah pemberian Tengku Permaisuri telah disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor iaitu Inspektor Noor Hidayu Aziz.
Tengku Permaisuri juga berharap dengan sumbangan yang diberikan itu, adik Athirah akan kembali untuk bekerja seperti sebelum ini bagi membantu keluarganya. Baginda juga berharap yang kita semua terus dimurahkan rezeki dan sentiasa didalam perlindungan Allah SWT.