Connect with us

Oh! Media

Ini Rupanya Sebab Ibu Sorok Anak Tiri Dalam But Kereta

Trending

Ini Rupanya Sebab Ibu Sorok Anak Tiri Dalam But Kereta

Baru-baru ini viral sekeping gambar yang memaparkan sebuah kereta ditahan sekatan jalan raya dan terdapat seorang lelaki yang menyorok didalam but kereta berkenaan. Kalau korang nak tahu, lelaki yang ada dalam but tu merupakan anak tiri kepada wanita yang memandu kereta tersebut.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, wanita itu ditahan polis kerana cubaan merentas daerah sambil menyorokkan anak tirinya di dalam but untuk pergi ke sebuah pasaraya di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Pemandu wanita itu membawa seorang lelaki yang merupakan rakan kepada anaknya tirinya disebelah. Ketika ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 2.4 di Lebuhraya Butterworth Kulim, mereka kelihatan dalam keadaan yang sangat mencurigakan. Setelah pemeriksaan dilakukan, rupanya memang betul buat salah. Sorok anak tiri dalam but, kesian budak tu.

Alasan yang diberikan kerana tidak mahu ditahan polis kerana menaiki kereta lebih dari dua orang dan tidak mematusi SOP PKP. Walaubagaimanapun, wanita berkenaan telah dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mengemukakan permit pergerakan dan kenderaan tersebut turut diarah berpatah balik.

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas