Connect with us

Oh! Media

Ini Rupanya Punca Sebenar Pasangan Tular  Bawa Bayi 11 Bulan Tak Kahwin-Kahwin

Pasangan Bawa Bayi Guna Alat Pernafasan Belum Kahwin

Trending

Ini Rupanya Punca Sebenar Pasangan Tular  Bawa Bayi 11 Bulan Tak Kahwin-Kahwin

Sebelum ini kami ada melaporkan yang pasangan bawa bayi 11 bulan dengan alat pernafasan naik motosikal itu dipercayai sudah menghilangkan diri selepas pihak media cuba menghubungi mereka namun tidak menjawab dan mematikan panggilan.

ADVERTISEMENT

BACA: Pasangan Bawa Bayi 11 Bulan Guna Alat Pernafasan Sudah Hilangkan Diri 

Menurut laporan mStar, lelaki itu, Azlan telah muncul di masjid untuk mengambil borang nikah hari ini dan perkara ini didedahkan imam Masjid Al-Makrufi di Alor Setar, Kedah menerusi Tiktok.

Alhamdulillah, Mohd Azlan dan bakal bapa mentuanya hadir untuk meminta bantuan mengisi borang permohonan nikah. Semoga urusan mereka dipermudahkan.

Azlan juga mengesahkan perkara itu dan berterima kasih kepada pihak masjid atas bantuan untuk melancarkan urusan mereka untuk dihalalkan ketika dihubungi pihak mStar.

Ya betul, tadi saya pergi ke masjid untuk selesaikan kertas kerja berkaitan borang nikah. Esok (Isnin) akan pergi ke klinik untuk buat ujian HIV dan ujian darah.

InsyaAllah kalau semua dipermudahkan, lusa (Selasa) saya akan akad nikah dengan pasangan. Ribuan terima kasih kepada Hazamer sebab sudi menolong.

Dia beritahu saya apa yang penting sekarang ni adalah untuk percepatkan segalanya, tidak kisah apa pun yang berlaku sebelumnya. Tiada manusia yang dapat lari daripada kesilapan.

Lelaki itu juga menafikan dakwaan yang dia melarikan diri selepasti yang media laporkan.

Anak saya kurang sihat. Jadi saya cuma bawa kad pengenalan pasangan. Saya dah beritahu tok imam, dia kata tak mengapa.

Azlan juga memaklumkan yang pasangannya itu sudah bercerai dengan bekas suaminya pada Ogos tahun lepas dan telah tamat tempoh idah.

Pasangan saya bercerai pada Ogos tahun lalu, sudah pergi ke pejabat agama untuk failkan penceraian. Tetapi proses tergantung kerana faktor kewangan yang sangat mendesak.

Perlukan dalam RM60 untuk lengkapkan borang cerai, masukkan dalam sistem dan juga dapatkan salinan.

Jumlah RM60 tu agak besar untuk kami yang pada masa itu hidup sekadar mencari makan dan minum.

Hari tu apabila ramai yang salurkan bantuan kepada anak, baru la kami berkemampuan untuk pergi ke pejabat agama bagi menyelesaikan urusan penceraian.

Bukannya saya sengaja berdua-duaan dengan pasangan tanpa ikatan yang sah, tapi keadaan memaksa. Mungkin kalau orang di luar sana turut berada dalam situasi saya, mereka akan memilih jalan yang sama.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas