Trending
Ini Perkembangan Terbaru Wanita Dihempap Kayu Balak Dari Lori Terbalik
Selepas kira-kira lima hari ditidurkan, wanita yang nyaris maut selepas dihempap timbunan balak di Jalan Gua Musang-Kuala Krai akhirnya sudah sedarkan diri.
Difahamkan kini, wanita bernama Siti Norelyana Kamarulzaman itu semakin baik dan berita tersebut disampaikan oleh tunangnya, Nik Amnan Arif Nik Anuwar.

Dia juga boleh bercakap dengan baik tetapi masih memerlukan masa untuk menggerakkan anggota badan.
Kata Nik Amnan, tunangnya menunjukkan perkembangan positif seperti boleh bercakap tetapi pergerakan anggota badan memerlukan masa kerana perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati.
BACA: “Saya Rasa Tak Sedap Hati” – Suami Maut Dalam Kemalangan Lepas Hantar Anak Ke Sekolah
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo memaklumkan kemalangan berlaku disebabkan penyambung atau cakera putar lori balak patah ketika melalui selekoh.
Kemalangan menyebabkan mangsa patah bahagian tulang punggung dan rusuk. Mangsa turut mengalami kecederaan serius di bahagian hati, limpa, hempedu dan usus.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Berita Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM