Connect with us

Oh! Media

Ini Penjelasan Ibu Saudara Pemilik Kubur ‘Upin Ipin!’

ibu saudara pemilik kubur

Trending

Ini Penjelasan Ibu Saudara Pemilik Kubur ‘Upin Ipin!’

Sebelum ini viral di media sosial, rakaman kubur watak animasi popular, Upin dan Ipin mendapat perhatian ramai pihak. Selepas video rakaman tersebut viral, ibu saudara kepada pemilik kubur tersebut tampil memberi penjelasan.

ADVERTISEMENT

BACA: Viral Kubur Tertulis Nama Upin Ipin Di Indonesia, Raih Lebih 37 Juta ‘Views’

Menerusi laporan Kosmo, ibu saudara pemilik kubur kanak-kanak tersebut, Limiyadin menyatakan keluarganya menamakan semula kubur tersebut sekitar tahun 2000 selepas kerja baik pulih selesai.

ibu saudara pemilik kubur

Menurut Limiyadin, kanak-kanak tersebut bukannya pasangan kembar, bahkan merupakan abang dan adik yang meninggal dunia semasa kecil akibat terkena penyakit misteri.

Mereka meninggal ketika usia belum mencapai setahun kerana penyakit misteri. Semasa kami sekeluarga membaik pulih tapak kubur pada tahun 2000, ibu bapa anak-anak ini sengaja menamakannya Upin Ipin.

Mereka mendapat inspirasi daripada karakter Upin Ipin dari Malaysia yang sangat popular di Indonesia.

Itu dia penjelasan daripada ibu saudara pemilik kubur tersebut. Semoga lepasni tak ada la mana-mana pihak yang mengaitkan kubur tersebut dengan cerita animasi Upin dan Ipin. Harap semuanya jelas!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas