Connect with us

Oh! Media

Ini Kawasan Yang Dijangka Banjir Pada Khamis Atau Jumaat Ini Di Kelantan Dan Terengganu Mengikut JPS

ohmedia banjir kelantan terengganu

Trending

Ini Kawasan Yang Dijangka Banjir Pada Khamis Atau Jumaat Ini Di Kelantan Dan Terengganu Mengikut JPS

Walaupun ia hanya sekadar jangkaan, diharapkan agar orang ramai tidak mengabaikannya dan mengambil langkah berjaga-jaga. Berdasarkan ramalan banjir yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu akan mula dinaiki air.

Situasi ini dijangka berlaku pada 30 hingga 31 Disember 2021 dan penduduk di negeri itu diminta mengambil langkah berjaga-jaga.

JPS memaklumkan perkara ini malam tadi selepas Ramalam Cuaca Signifikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi tarikh 25 Disember hingga akhir tahun menunjukkan taburan hujang yang berlebihan.

IKLAN

Risiko banjir diramal di Kelantan sekitar jam 8 malam (30 Disember) dan 8 pagi esoknya di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai serta kawasan sekitar. Paras air dijangka akan melepasi aras bahaya di Sungai Galas di Limau Kasturi dan Dabong serta Sungai Kelantan di Kuala Krai.

Antara kawasan lain yang terlibat adalah daerah Dungun dan kawasan sekitar Terengganu di Sungai Dungun, Kampung Pasir Raja.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas