Connect with us

Oh! Media

Ini Hukuman Diterima Lelaki Pukul Isteri Guna Topi Keledar Di Kelantan

Trending

Ini Hukuman Diterima Lelaki Pukul Isteri Guna Topi Keledar Di Kelantan

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan seorang lelaki memukul seorang wanita yang dipercayai adalah isterinya dengan menggunakan topi keledar undang kecaman netizen.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, tertuduh Mohd Shamsuri Rokman Yusuf yang berusia 35 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini dan diperintah untuk menjalani hukuman penjara selama 15 bulan.

Tertuduh didakwa dengan sengaja memukul isterinya, Siti Norhashikin Che Mat, 35, di bahagian kepala menggunakan topi keledar. Kejadian tersebut berlaku di hadapan sebuah kedai makan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2 pada 25 Januari lepas kira-kira jam 5 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh diperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman itu.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas