Connect with us

Oh! Media

“Ini Betul-Betul Kurang Ajar” – PU Syed Kecam YouTuber Buat Konten ‘Prank’ Tarik Tudung

Pusyed

Trending

“Ini Betul-Betul Kurang Ajar” – PU Syed Kecam YouTuber Buat Konten ‘Prank’ Tarik Tudung

Beberapa hari yang lalu tular satu video di Youtube yang memaparkan seorang lelaki melakukan konten ‘prank’ menarik tudung wanita di tempat awam.

BACA: Tarik Tudung Perempuan Konon Nak Lihat Orang Pertahankan Agama Atau Tidak, Youtuber Dikutip Polis

Lelaki tersebut bagaimanapun telah ditangkap pihak polis selepas terdapat laporan polis dibuat orang ramai terhadap perbuatannya itu.

IKLAN

PU Syed Beri ‘Ceramah’

Dalam pada itu, video ‘prank’ tersebut turut mendapat perhatian penceramah bebas, PU Syed yang memberikan pandangan bahawa perbuatan lelaki tersebut merupakan satu perbuatan yang tidak beradab.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik PU Syed di Instagramnya, penceramah bebas itu mengecam perbuatan lelaki tersebut dan menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang yang kurang ajar.

Bayangkan perempuan itu seorang isteri (isteri tuan-tuan), adik perempuan tuan-tuan, ibu tuan-tuan.

Bila mana ada orang yang mengambil kesempatan untuk mem’viral’kan sesuatu perkara ataupun nak dapat konten yang terbaik dengan cara dan kaedah yang sangat hina ini, apa yang kita nak buat pada dia?

PU Syed turut meminta orang ramai untuk ‘tag’ pelaku tersebut yang dianggap telah melakukan satu perbuatan yang mencemarkan nama Islam.

Content tarik tudung!! Ini betul² kurang ajar!

Yang kurang ajar perlu diajar..boleh tlg tag siapa pelaku ni dak!? nak sangat buat content mengarut dan mencemar maruah org islam!!

Respon netizen

Perkongsian PU Syed itu mendapat perhatian serta respon dari warganet. Rata-rata mereka turut mengecam tindakan lelaki itu yang sanggup melakukan konten sebegitu semata-mata ingin meraih jumlah penonton yang banyak.

Screenshot 2022 07 07 at 104537
Screenshot 2022 07 07 at 104549
Screenshot 2022 07 07 at 104558

Kredit: Instagram pusyed_official

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas