Connect with us

Oh! Media

Influencer Mengeluh Tak Ditolong Angkat Barang, Netizen Tampil ‘Back Up’ Staf Lotus’s

Featured New 713x401 Box 21

Trending

Influencer Mengeluh Tak Ditolong Angkat Barang, Netizen Tampil ‘Back Up’ Staf Lotus’s

Seorang pempengaruh media sosial menerima kritikan selepas meluahkan rasa tak puas hati dengan layanan pekerja Lotus’s yang dikatakan tak membantunya mengangkat barang ke kereta.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna media sosial, influencer yang merupakan usahawan itu berkata dia dah membelanjakan RM5,000 membeli belah di situ. Tapi, pekerja dikatakan berlagak kerana langsung tak hulur bantuan.

Mengadu staf tak tolong angkat barang

Screenshot 2023 02 02 171011

Tapi nampaknya keluhan itu mendapat reaksi kurang senang netizen. Mereka mengkritik wanita ini dengan mempersoalkan adakah pasar raya terkenal tu menyediakan khidmat ‘angkat barang’.

IKLAN

Netizen tampil pertahan staf Lotus’s

Netizen turut mengkritik wanita ini yang merasakan dia layak untuk menuduh bukan-bukan hanya kerana dia seorang influencer.

Sementara itu, netizen di ruangan komen mempertahankan pekerja Lotus’s dengan berkata mengangkat barang pelanggan tiada dalam polisi mahupun skop kerja mereka.

“Bang*ng, staff tu dah penat kerja kat Lotus dari pagi sampai malam pastu angkat stock susun stock, kau sedap sedap je nak suruh dorang angkatkan barang kau. Takde dalam policy kerja dorang pun.” – Netizen

“Sebagai bekas perkerja hypermarket, kedai takdak polisi tersebut. Kalau kami nak buat ikut atas ehsan kami lah, kami tak buat tak jadi isu takda kena marah. Boleh kami tolong kalau mintak dengan cara baik, kalau letak kat TikTok buang masa layan nyah!” – Bekas pekerja pasar raya

Setakat ini, tiada respon balas yang diterima daripada influencer tersebut.

Kredit: Twitter @si_shorty | @zua_al_azmi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas