Baru-baru ini, kecoh seorang pempengaruh media sosial, Nurinlofa yang menjadi tumpuan warga netizen apabila mampu membeli kereta mewah Mercedes di usia belasan tahun.
Namun, rata-rata netizen meluahkan rasa curiga dengan kemampuan dan sumber pendapatan yang diperoleh kerana mampu membeli kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit.
Ada jua yang mendakwa Nurinlofa pernah mempromosikan sebuah syarikat judi dalam talian iaitu MZPlay dan juga Winbox.
Selepas ‘influencer’ berkenaan dikecam dan dikritik, dia telah menyahaktif akaunnya di platform X sebelum dia tampil memberikan penjelasan.
Saya mengaku memang saya ada buat paid review gambling, tapi saya tegaskan, saya beli merc bukan dari hasil paid review gambling.
Tambahan, satu kenyataan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai penahanan tiga orang wanita dan juga lima lelaki berkaitan promosi judi haram di media sosial turut menjadi sorotan.
Bukan itu sahaja, warga maya turut mengaitkan penahanan itu dengan Nurinlofa namun telah dinafikan gadis itu di TikToknya.