Connect with us

Oh! Media

Netizen Persoal ‘Influencer’ Jutawan Anjur Majlis Hari Raya Tapi Minta Derma Awam

derma

Trending

Netizen Persoal ‘Influencer’ Jutawan Anjur Majlis Hari Raya Tapi Minta Derma Awam

Pasangan pempengaruh media sosial menjadi sebutan hangat selepas mempromosikan satu program amal sempena Hari Raya yang bakal berlangsung pada 27 April ini.

Acara yang bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim, tahfiz dan asnaf itu turut mempelawa orang ramai menyumbang dana bagi menjayakannya.

IKLAN

Pasangan influencer anjur majlis raya dengan anak yatim

influencer

Niat murni tersebut bagaimanapun menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Tambahan pula wujud poster memaparkan wajah mereka dengan penuh bergaya lengkap dengan nombor akaun peribadi untuk tujuan infaq.

“Jutawan sepatutnya menderma, bukan mengutip derma!”

derma

Isu ini mendapat perhatian aktivis media sosial, Aliff Ahmad yang menyindir tindakan tersebut sebagai tidak kena pada tempatnya.

Beliau mempersoalkan mengapa pasangan yang dikenali dengan gaya hidup mewah itu memilih untuk mengutip derma daripada orang awam.

Ada orang “tag” aku. Terkejut aku tengok pasangan yang tular dengan menunjukkan kemewahan dan kekayaan mereka buat hantaran untuk mengutip derma. Siap letak nombor akaun sendiri lagi. Korang rasa-rasalah, adakah ini perangai orang kaya yang bergelar “prince” sepatutnya lakukan? Bukan sepatutnya dia tulis, “Siapa nak duit raya, tinggalkan nombor akaun anda!” Kan?

Netizen turut meninggalkan pelbagai komen sinis, antaranya mempersoalkan penggunaan akaun peribadi untuk tujuan kutipan derma dan pemilihan gambar yang dianggap tidak sesuai untuk promosi acara amal.

Pssttt! Bila melibatkan kutipan awam, ketelusan dan sensitiviti harus dijaga. Elakkan guna akaun peribadi dan pastikan mesej yang disampaikan sesuai dengan matlamat murni program.

Kredit: Facebook Aliff Ahmad
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas