Connect with us

Oh! Media

Individu Dikecam Hanya Rakam Mangsa Terbakar? Ini Langkah Sebenar Patut Diambil

Trending

Individu Dikecam Hanya Rakam Mangsa Terbakar? Ini Langkah Sebenar Patut Diambil

Di media sosial hari ini kecoh diperkatakan mengenai video viral memaparkan seorang lelaki keluar daripada kereta dalam keadaan api marak.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Mangsa Kemalangan Kereta Keluar Dan Berjalan Dalam Keadaan Terbakar Hampir 80%

Cemas melihat insiden itu, ada segelintir netizen mengecam tindakan perakam yang didakwa hanya melihat mangsa terbakar.

Tetapi tahukah korang bila berhadapan situasi sebegini ada sesetengah orang akan panik dan tak tahu nak buat apa.

Di Facebook Dr Yazeed Hair Johari kongsi langkah-langkah yang patut diambil sekiranya korang berdepan situasi ini.

  1. Jauhkan mangsa dari kebakaran/steam udara panas/air panas
  2. Cool down the burn
  3. Tanggalkan barang-barang aksesori pada badan mangsa

Menurut doktor ini, langkah pertama yang perlu dibuat adalah menjauhkan mangsa daripada punca kebakaran dan padam api di badan mangsa.

Ambil baju, selimut, kain pelikat atau apa-apa yang ada untuk padamkan api tu pada badan mangsa. Buka baju sendiri pun boleh, kain tudung dan sebagainya. Kalau permukaan lantai yang sesuai boleh suruh mangsa roll badan dia atas lantai sehingga api terpadam.

Seterusnya, selepas api padam cuba kurangkan panas dengan menyimbah air pada badan mangsa.

Korang tahan seberapa banyak kereta yang lalu mintak air botol seberapa banyak yang boleh.

Jelas doktor ini, walaupun api sudah padam dalaman mangsa masih kepanasan jadi air yang banyak diperlukan.

Langkah ketiga adalah menanggalkan semua aksesori di badan mangsa seperti jam, rantai, gelang tangan, tali pinggang dan sebagainya. Ini kerana selepas kebakaran badan akan mula membengkak.

Memetik perkongsian di portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, luka terbakar didefinisikan sebagai kerosakan pada tisu badan akibat daripada haba kering seperti tenaga elektrik, geseran, kesan radiasi dan bahan api. Manakala luka melecur – didefinisikan sebagai kerosakan pada tisu kulit akibat daripada bahan kimia, wap atau cecair panas.

Kecederaan diklasifikasikan kepada tiga tahap iaitu:

  1. Tahap Satu (superficial) – Kecederaan yang hanya melibatkan lapisan luar kulit sahaja (lapisan epidermis). Ia tidak menyebabkan penembusan lapisan kulit yang lain
  2. Tahap Dua (partial thickness) – Kecederaan yang menyebabkan penembusan lapisan kulit, menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami kerosakan (lapisan dermis terlibat)
  3. Tahap Tiga (full thickness) – Kecederaan yang menyebabkan kerosakan kepada semua lapisan kulit, juga melibatkan kerosakan pada lapisan otot, ataupun tulang.

Komplikasi

  • Kesejukan melampau (Hipothermia) – Suhu badan menjadi kesejukan akibat dari kehilangan haba badan berikutan kecederaan luka terbuka / penembusan kulit.
  • Hipovolemia – Kekurangan cairan dalam badan akibat dari kehilangan plasma badan dari luka terbakar
  • Pembentukan parut luka yang besar, akibat dari kecederaan luka terbakar
  • Jangkitan kuman daripada luka terbakar

Pencegahan

  • Pengendali bahan kimia – perlu memakai peralatan perlindungan diri bagi mengelakkan bahaya terhidu bahan kimia atau tersentuh atau percikan bahan kimia yang boleh menyebabkan lecuran berlaku
  • Pastikan tangan kering semasa meggunakan alatan elektrik
  • Jauhkan kanak-kanak dari alat-alat elektrik yang panas
  • Memakai losyen pelindung matahari (sunblock lotion) apabila terdedah dibawah panas terik

Rehabilitasi

  • Lakukan cucian luka (wound dressing) di klinik atau hospital secara berterusan
  • Melakukan fisioterapi bagi anggota badan yang terlibat
  • Pembedahan plastik (jika perlu)

Kredit: Dr Yazeed Hair Johari | MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas