Connect with us

Oh! Media

Individu Cederakan Polis Wanita Dan Conteng Dinding Istana Terlibat Kemalangan

Image 8

Trending

Individu Cederakan Polis Wanita Dan Conteng Dinding Istana Terlibat Kemalangan

Seorang individu lelaki yang dipercayai telah melakukan dua jenayah iaitu dengan mencederakan seorang polis wanita serta menconteng dinding istana hari ini, meninggal dunia apabila motosikal ditunggangnya terbabas di Bedong, Sungai Petani.

Lelaki berusia 30-an itu disyaki terlibat dalam kejadian khianat dengan menconteng dinding tembok Istana Anak Bukit, Alor Star, pada 3 petang. Walaubagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri dan siasatan di lokasi kejadian mendapati suspek menconteng tembok dinding istana dengan tulisan ‘SAMR’.

Screenshot 273
Tulisan SAMR yang disyaki diconteng suspek di tembok dinding Istana Anak Bukit
Sumber Harian Metro

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan mendapati suspek menaiki sebuah motosikal berwarna hitam dan pihak polis memulakan operasi mengesan suspek.

IKLAN

Namun, Kamarul Zaman berkata, suspek dipercayai hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira pukul 5 petang sebelum bertindak menumbuk wajah seorang anggota polis wanita sehingga menyebabkan mangsa jatuh dan cedera di muka.

Screenshot 271
Rakaman CCTV menunjukkan suspek hadir ke Pejabat Polis Daerah IPD Kota Setar sebelum menumbuk seorang polis wanita Sumber Harian Metro

Suspek turut membaling sebuah objek dipercayai pistol mainan lalu melarikan diri dengan menggunakan motosikal berwarna hitam.

Hasil siasatan yang dilakukan telah berjaya mengesan seorang suspek lelaki yang dipercayai terbabit dalam kedua-dua kejadian khianat itu.

Hasil serbuan yang dilakukan oleh pihak polis, pihak kami berjaya menemui motosikal yang digunakan suspek ketika kejadian menconteng di tembok Istana Anak Bukit.

Tambahnya lagi, serbuan itu gagal menemui suspek sebelum pihak polis meneruskan pencarian. Namun, suspek berjaya ditemui di kawasan Gurun, Sungai Petani.

Suspek yang menyedari kehadiran polis nekad melarikan diri tanpa menghiraukan amaran polis supaya berhenti. Namun, malang tidak berbau apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di kawasan Bedong, Sungai Petani menyebabkan dia mengalami kecederaan.

Pegawai perubatan yang hadir ke lokasi kejadian mengesahkan suspek meninggal dunia di tempat kejadian.

Kamarul Zaman berkata, siasatan lanjut akan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat, Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana mencederakan penjawat awam dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 memiliki senjata tiruan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas