Trending
Ibu Zayn Rayyan Dipercayai Dibawa Ke Lokasi Kejadian Untuk Lakonan Semula
Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Mateen akan dibawa ke kediaman mereka semula hari ini di Damansara Damai yang difahamkan bagi tujuan lakonan semula kejadian.
Perkara itu dilaporkan wartawan yang berada di lokasi rumah mereka pada jam 10.15 pagi tadi. Ibu Zayn dilihat turun dari van putih menuju ke blok R di kediaman mereka.
Polis bawa patung kanak-kanak bersama…
Ibu Zayn kemudian dibawa ke lokasi kejadian di mana kanak-kanak itu ditemukan iaitu di anak sungai yang terletak 200 meter dari blok kediaman mereka.
Anggota polis yang mengiringin ibu Zayn turut dilihat membawa patung kanak-kanak yang tidak pasti kegunaannya.
Setakat ini masih belum ada apa-apa perkongsian dari pihak polis dan siasatan masih berjalan.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM