Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, akhirnya bersuara tentang hubungan anaknya itu bersama Bella Astillah.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok bersama abang Syed, Space Dollah, beliau secara santai membalas pertanyaan pengikut tentang status hubungan anaknya.
IKLAN
Macam Romeo dan Juliet, katanya berseloroh apabila ditanya mengenai kisah cinta Syed Saddiq.
Lebih mencuri perhatian, ibu Syed Saddiq turut teruja melihat anaknya sanggup bersusah payah demi seseorang, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
Tengok pada sikapnya yang sanggup berenang dari satu penjuru ke satu penjuru, dengan emak dia pun dia tak pernah buat, tak pernah berenang, tak pernah naik gunung atau naik apa.- Tambahnya lagi.
Kenyataan itu mengundang spekulasi netizen yang semakin yakin bahawa Syed Saddiq kini sedang menjalin hubungan dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.
Sejak kebelakangan ini, nama Syed Saddiq dan Bella Astillah sering menjadi bualan kerana hubungan rapat mereka bagi menjayakan promosi baju raya sebuah syarikat terkemuka.
Kedua-duanya dipilih sebagai duta jenama pakaian dan sering berkongsi aktiviti bersama, termasuk berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, Syed Saddiq juga pernah muncul dalam video muzik lagu Bella Astillah yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Melihat keakraban mereka, ramai peminat sudah mula mahu melihat ada sesuatu dalam hubungan mereka, bukan sekadar kerja lah harapnya, kah!
#ApaKataOhmedia
Bila seseorang sanggup melakukan perkara luar biasa demi seseorang yang istimewa, itu mungkin petanda cinta sedang berputik!
Tapi, apa pun kisah sebenar di antara mereka, biarlah ia menjadi urusan peribadi masing-masing. Yang penting, selagi ia membawa kebahagiaan, kita doakan yang terbaik!
Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook. Rujukan kami: TikTok