Connect with us

Oh! Media

“Saya Hantar Anak Dalam Keadaan Sihat, Kenapa Jadi Begini?” – Ibu Prebet Muqriz Terkilan

muqriz maut

Trending

“Saya Hantar Anak Dalam Keadaan Sihat, Kenapa Jadi Begini?” – Ibu Prebet Muqriz Terkilan

Kisah pemergian anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Prebet Muhammad Muqriz Aseri benar-benar menyentuh hati rakyat Malaysia.

Arwah dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dipercayai didera oleh anggota senior ketika bertugas di Kem Sri Miri, Sarawak.

IKLAN

BACA: Tentera Maut Akibat Hentakan Kuat Di Dada, Dua Anggota Batalion Ke-20 RAMD Ditahan

Menerusi laporan Berita Harian, ibunya, Nor Azlina Zambri berkongsi perasaan hancur selepas kehilangan anak yang dikasihi.

Arwah tak pernah cerita apa-apa, hanya kata semuanya “baik”

muqriz
Foto: Berita Harian/NSTP/Aizuddin Saad

Lebih memilukan, arwah baru sahaja pulang bercuti dan berpuasa bersama keluarga sebelum kembali ke kem.

Angah baru saja pulang bercuti dan kami menghantarnya ke KLIA Sabtu lalu untuk pulang ke Sarawak. Tak sangka dua hari selepas itu kami dapat berita menyedihkan bahawa anak sudah meninggal dunia.

Jelas ibu lagi, sepanjang 10 bulan berkhidmat di Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), arwah tidak pernah mengadu tentang sebarang kejadian tidak diingini.

Malah, setiap kali ditanya, jawapannya tetap sama semuanya baik.

Angah sangat minat bidang ketenteraan dan memang niatnya menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum berjaya dalam pemilihan selepas dua kali percubaan.

Cuma, arwah ada mengadu tidak tahan dan mahu berhenti secara baik seminggu selepas sampai di Sarawak dulu.

Namun, keluarga memberikan sokongan dan semangat supaya terus kuat dan arwah beritahu semua sudah okey.

Lebih menyentuh perasaan, arwah sempat bergurau mahu berkahwin awal kononnya untuk keluar cepat dari bilik bujang. Waktu itu, ibunya tidak menyangka itu antara gurauan terakhir yang akan diingati.

Kenangan akhir bersama keluarga: Masak ikan keli berlado dan bergambar raya

Foto: Berita Harian/NSTP/Aizuddin Saad

Ketika bercuti selama 10 hari baru-baru ini, arwah sempat mencipta kenangan manis bersama keluarga.

Dia mengajak keluarganya ke bazar Ramadan, membeli pelbagai juadah, dan meminta makanan kegemarannya termasuk ikan keli berlado dan kek cheesekut.

Dia juga sempat bergambar raya bersama kami sebab katanya tak dapat balik raya tahun ni.

Menurut ibunya, Muhammad Muqriz merupakan anak yang manja, baik, disenangi ramai, dan tidak pernah menyusahkan sesiapa. Dia juga sangat rapat dengan keluarga dan sentiasa menjaga hati ibunya.

Saya hantar anak saya dalam keadaan sihat ketika itu, tetapi kenapa jadi begini?

Bapanya, Aseri Ismail menyatakan dia dan isteri menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan ATM untuk menjalankan siasatan terperinci.

Sebagai bapa, dia tidak pernah menyesal beri keizinan kepada arwah untuk sertai ATM. Malah mereka sekeluarga sangat berbangga. Tapi cara pemergian arwah membuatkan mereka terkilan.

muqriz maut

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas