Connect with us

Oh! Media

Ibu Tunggal Dan Dua Anak Perempuan Kantoi Bersama Dua Lelaki Dalam Rumah Dicekup

Trending

Ibu Tunggal Dan Dua Anak Perempuan Kantoi Bersama Dua Lelaki Dalam Rumah Dicekup

Terdapat satu kejadian dimana seorang ibu tunggal bersama dua orang anak perempuannya dicekup berkhalwat dengan dua lelaki bukan mahram malam tadi di rumah mereka di Lipat Kajang, Jasin.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, pengat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan wanita yang berusia 49 tahun, dua anaknya berusia 19 dan 20 tahun serta dua orang lelaki itu dalam serbuan yang dilakukan pada jam 12.30 malam.

Serbuan tersebut dilakukan selepas pihak JAIM mendapat maklumat daripada orang awam dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat.

Ketika serbuan dilakukan, keluarga itu mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu.

Pemeriksaan di dalam rumah itu kemudian menemui dua lelaki yang mendakwa mereka adalah saudara jauh kepada keluarga berkenaan, namun perkara itu tidak dapat dibuktikan.

Lelaki itu mengatakan yang dia menetap disitu selepas meminta izin wanita berkenaan.

Wanita itu yang bekerja dengan sebuah syarikat kontraktor dan dua anak perempuannya serta lelaki terlibat telah ditahan untuk dibawa ke pejabat JAIM.

Kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman mendatangkan syak.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas