Connect with us

Oh! Media

Ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza Akhirnya Bersuara Selepas Timbul Dakwaan Dirinya Telah Meninggal Dunia

Ibu aliff aziz hafiza ohmedia

Trending

Ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza Akhirnya Bersuara Selepas Timbul Dakwaan Dirinya Telah Meninggal Dunia

Timbul pula dakwaan yang mengatakan ibu kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza sudah meninggal dunia. Biar betul?

Menurut laporan mStar, Hafiza sendiri menafikan dakwaan itu dan memberitahu yang dia masih diberikan peluang untuk bernafas.

Ohmedia img 7796

Pada insan yang saya hormati yang hubungi saya sebentar tadi untuk memastikan berita ini sahih ataupun tidak.

Alhamdulillah Allah masih memberi saya peluang untuk hidup sehari lagi.

Ibu kepada Aliff Azizi itu juga mendedahkan akaun Youtube yang menyebarkan berita palsu mengenai kematiannya itu dengan tajuk ‘Kematian ibu Aliff Aziz? Ramai doakan semoga Aliff Aziz tabah dengan dugaan menimpa’.

IKLAN

Walau bagaimanapun, Hafiza mendoakan pelaku yang menyebarkan fitnah itu berubah satu hari nanti dan tidak mahu berdendam. 

Buat mereka yang gemar menabur khabar tidak berasas dan berunsur fitnah kami mendoakan kesejahteraan anda dan semoga Allah limpahkan taufik serta hidayah agar anda berubah kerana Allah.

Yakin dan pasti kita semua akan kembali pada Allah, cepat atau lambat hanya Allah yang tahu tapi sudahkah kita bersedia untuk bertemu Allah?

Fikir-fikirkanlah dunia hanya sementara waktu akhirat juga yang kekal selamanya Wallahualam.

Ibu aliff aziz hafiza ohmedia

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas