Connect with us

Oh! Media

Trending

“Hormatilah Perkuburan, Bukan Tempat Cipta Sensasi Dan Populariti” – Fedtri Yahya

Baru-baru ini, seorang Youtuber dikecam tidak sensitif kerana memuat naik video melawat tanah perkuburan tempat pengebumian penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. Mengakui kesalahan, Youtuber yang dikenali sebagai Aisar Khaled itu sudah tampil memohon maaf.

BACA: Video Tanah Perkuburan Dikecam, Abang Youtuber Tampil Sekolahkan Netizen

IKLAN

Terbaru, pengacara dan penyampai radio, Fedtri Yahya menerusi perkongsian di Instagram telah memuat naik beberapa adab ketika berada di tanah perkuburan. Katanya di dalam teguran tersebut, sebagai seorang umat Islam, kita hendaklah sentiasa mematuhi dan menjaga adab ketika menziarahi kubur.

Di dalam hantaran tersebut, Fedtri yang merupakan penulis lirik juga memberitahu dan berkongsikan enam adab yang perlu dititikberatkan ketika melawat kawasan perkuburan antaranya disunatkan berwuduk, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.

Perkongsian yang dibuat oleh pengacara rancangan dokumentari Jejak Rasul itu telah mendapat perhatian orang ramai dan mereka turut berterima kasih kepadanya kerana berkongsi serta memperingatkan hal indah tersebut di media sosial.

Terdahulu, pelawak Shuib Sepahtu mengakui marah dengan tindakan beberapa individu yang menjadikan pemergian isterinya, Allahyarham Siti Sarah sebagai kandungan di platform Youtube. Menurut Shuib, seseorang hendaklah sedar dan mempunyai rasa sensitiviti dalam diri apabila melibatkan kematian.

Kita kena ada sensitiviti yang sangat tinggi sebab kita kena tahu, kalau selepas ini Allah nak uji, kita tak tahu sebesar mana ujian itu.

Marah memang marah, tapi itu sajalah saya boleh cakap

Rakan baik Shuib, Sharnaaz Ahmad turut memberi respon kepada isu yang sedang hangat diperkatakan ini. Pelakon drama Isteri Mithali ini memberi teguran ‘deep’ memohon individu tersebut bermuhasabah mengenai kesilapan besar yang telah dilakukannya.

Kredit: Ahmad Fedtri Yahya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas