Model-model cantik digunakan untuk mempromosi dan memperagakan pakaian yang akan dijual sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.
Model iklan baju raya seksi
Perkara ini mendapat perhatian Ustazah Asma’ Harun menerusi perkongsiaannya di Facebook.
Menerusi hantarannya di Facebook, Ustazah Asma’ akui kesal dengan perkara yang ditonjolkan ketika sedang berada di bulan yang mulia ini.
Katanya lagi, gambar serta video yang menunjukkan model-model ini mengenakan pakaian ketat walaupun bertudung boleh menimbulkan rasa yang menggiurkan buat mereka yang menontonnya.
Segan sungguh melihat ramainya model iklan baju raya seksi pakai ketat menampakkan lekuk badan walaupun bertudung dengan gambar dan video yang menggiurkan.
Ustazah Asma’ turut menyeru dan menasihati agar kita menghormati bulan yang mulia ini dan tidak terlalu leka dalam mengejar duniawi
Hormatilah bulan mulia ini, jangan langgar larangan Allah demi habuan dunia.
Perkongsian di Facebook Ustazah Asma’ Harun itu mendapat respon dari netizen. Rata-rata mereka menyokong dan mengucapkan terima kasih atas teguran dan peringatan itu.
Semoga kita semua terus beristiqomah melakukan ibadah ketika berada dalam bulan Ramadan ini dan dirahmati Allah SWT.