Connect with us

Oh! Media

“Henti Perbodohkan Rakyat” – PMX Jawab Tuduhan ‘Iktiraf Negara Israel’

Ohmedia copy of Untitled Design 21

Trending

“Henti Perbodohkan Rakyat” – PMX Jawab Tuduhan ‘Iktiraf Negara Israel’

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas mengatakan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara yang paling lantang bersuara, berkenaan penindasan dan genosid berterusan negara haram Israel ke atas rakyat Palestin.

Semasa sidang media kemuncak APEC, beliau menjawab segala tuduhan pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah memanipulasi kenyataannya semasa wawancara bersama CNN sebelum ini.

Negara Israel wujud tetapi Malaysia tidak iktiraf

9102
Kredit foto CNN

Berdasarkan laporan daripada RTM, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam konteks kenegaraan dan sistem antarabangsa, ada terma yang disebut sebagai ‘de facto’ atau ‘de jure’ merujuk kepada kewujudan sesebuah negara.

IKLAN

Malaysia tidak iktiraf (Israel) makanya negara tidak menghantar pegawai kedutaan dan tidak ada hubungan diplomatik itu maksudnya, tapi kalau kata dia (Israel) tidak wujud, dia (Israel) wujud, dia (Israel) anggota PBB-Katanya

PMX juga menambah, itu sebabnya kenapa semasa perjumpaan di Riyadh, Arab Saudi beliau mengusulkan untuk Israel dihalau keluar dari PBB kerana negara haram itu wujud.

Tegur parti Islam, henti amalan memperbodoh rakyat 

465463528 1141900430624856 7717592828338682386 n 1
Kredit foto Anwar Ibrahim

Penjelasan tersebut juga sekali gus menyangkal dakwaan bahawa beliau atau kerajaan Malaysia ada perancangan untuk bersekongkol dengan negara haram Israel.

Beliau juga menegaskan tuduhan tersebut sangat tidak berasas dan fitnah yang disengajakan untuk kepentingan politik sempit.

Politik apa macam ini, perbodohkan rakyat, fitnah, atas nama Islam, ini disebut penunggang agama yang tak reti mengulas-Tegas PMX

Ohmedia copy of Untitled Design 21

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Anwar Ibrahim & RTM


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas