Kecoh di media sosial sejak semalam usahawan berasal dari Kemboja membuat kenyataan sensitif mengenai orang Melayu.
Katanya, orang Kemboja lebih rajin berbanding orang Melayu yang disifatkan pemalas. Namun, usahawan ini sudah tampil memohon maaf.
BACA: “Saya Tak Koyak” – Mak Cik Kemboja Hina Orang Melayu Malas Minta Maaf
Terbaru, pelakon yang merupakan usahawan pulut kuning, Zarina Zainuddin menyelar Madame Mariyah berkata, tak kira orang apa sekali pun mesti ada golongan yang rajin dan pemalas.
Jadi, tak adillah kalau ada yang melabelkan ‘malas’ dan ‘rajin’ seseorang itu berdasarkan asal usulnya. Dengan tegas, pelakon ini berkata orang Melayu pun ada yang rajin bukan orang Kemboja jer.
Kredit: TikTok @zarinazainuddinzz
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.