Connect with us

Oh! Media

Hasil Siasatan Awal Putra Heights: Polis Sahkan Berlaku Kerja Mengorek

Putra Heights

Oh! Negara

Hasil Siasatan Awal Putra Heights: Polis Sahkan Berlaku Kerja Mengorek

Pihak polis telah mengenal pasti kontraktor yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pembangunan di sekitar lokasi letupan paip gas bawah tanah di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights. Namun, siasatan terperinci masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian ini.

Polis sahkan aktiviti korek tanah gantikan paip kumbahan 30 meter dari lokasi letupan. Polis sudah kenal pasti kontraktor dan pemaju.

IKLAN

Aktiviti ini turut melibatkan penggunaan dua jentera berat iaitu sebuah backhoe dan sebuah excavator, namun kerja-kerja ekskavasi dihentikan pada 30 Mac lalu, iaitu dua hari sebelum kejadian. – CPO Selangor.

Fokus siasatan: Kecuaian dan faktor teknikal…

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan ada aktiviti korek tanah sebelum kejadian menggunakan pengorek kaut dan mesin pengorek bagi menggantikan paip kumbahan yang berada 30 meter dari pusat letupan.

Salah satu jentera excavator turut terbenam ke dalam lubang yang terbentuk di tapak kejadian.

Kawasan tidak stabil, kerja menstabilkan kawasan itu baru kita boleh korek dan lakukan siasatan teknikal. – Ketua Polis Selangor

Dakwaan kerja mengorek tanah sebelum kejadian…

putra heights

Terdapat dakwaan mengatakan bahawa kerja-kerja mengorek tanah telah dilakukan berdekatan lokasi letupan sebelum insiden berlaku sebelum ini. Inipun hasil perkongsian penduduk yang tinggal di kawasan tu.

BACA: Kes Putra Heights: Individu Dedah Dah Lama Bimbang Paip Gas Terbakar

Kerajaan negeri kini sedang menilai sama ada aktiviti tersebut memberi kesan terhadap kestabilan paip gas dan menjadi punca kebakaran besar ini.

Putra Heights

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Astro Awani


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas