Connect with us

Oh! Media

Harga Emas Dijangka Cecah RM500 Segram! Berbaloi Ke Nak Melabur Sekarang?

Emas

Trending

Harga Emas Dijangka Cecah RM500 Segram! Berbaloi Ke Nak Melabur Sekarang?

Harga emas global terus mencatat kenaikan dan dijangka mencecah RM500 segram dalam beberapa bulan akan datang!

Menurut laporan Harian Metro, peningkatan ini didorong oleh beberapa faktor utama kata Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), Datuk Louis Ng.

Harga emas meningkat, apa puncanya?

Img 2443

Antaranya ialah ketidaktentuan geopolitik di peringkat global, Inflasi berterusan yang melemahkan nilai mata wang dan pembelian agresif oleh bank pusat di seluruh dunia, terutama China.

IKLAN

Dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) juga memainkan peranan besar dalam kenaikan harga emas.

Kebimbangan mengenai tarif import emas telah menyebabkan peningkatan penghantaran emas dari London ke New York, sekaligus memberi impak besar kepada dinamik perdagangan global.

Masih berbaloi untuk melabur dalam emas?

Img 2442

Dengan harga emas yang semakin melonjak, ramai mula tertanya-tanya adakah emas masih pelaburan yang menguntungkan?

Menurut MGA, emas kekal sebagai aset yang stabil untuk jangka panjang, terutama ketika ekonomi tidak menentu.

Jika inflasi kekal tinggi atau ekonomi terus tidak menentu, harga emas mungkin terus meningkat kerana ia dianggap lebih selamat berbanding mata wang.

Namun, pelabur jangka pendek perlu lebih berhati-hati, kerana pembetulan harga secara mendadak boleh menyebabkan risiko kerugian.

#ApaKataOhmedia

Kalau nak melabur dalam emas, pastikan anda buat kajian terlebih dahulu dan fahami risiko yang terlibat. Jangan terlalu ikut trend tanpa strategi yang jelas, sebab harga emas boleh naik dan turun dengan cepat!

Emas

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas