Mulai 1 Januari 2023, pelitup muka yang dijual perlu mendapat perakuan SIRIM selepas diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Isu yang ini bagaimanapun mendapat pelbagai respon dari netizen dan ada sampai yang melakukan parodi sehingga mencuti hati semua.
Menerusi perkongsian video tersebut, gelagat lelaki berkenaan berjaya mencuri perhatian netizen selepas dia menggunakan pelitup muka berkenaan untuk diikat dan digunakan untuk mengangkut beberapa peralatan seperti buah kelapa, kuali dan penutup saji.
Lelaki tersebut turut mendakwa pelitup muka yang tahan lasak ini dibelinya dari platform Shopee dengan hanya RM6 sekotak.
Pelitup muka tak hauk
Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan turut sama berseloroh dengan mengatakan pelitup muka yang murah tidak semestinya tidak berkualiti.
Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan satu pelitup muka jenama terkenal terputus talinya ketika dipakai penyanyi terkenal negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.