Connect with us

Oh! Media

“Hai la Sahabat, Apa Khabar Mu..” Ustaz Amin Beri Pesanan Penuh Hikmah Buat Ebit Lew Dan Semua

Trending

“Hai la Sahabat, Apa Khabar Mu..” Ustaz Amin Beri Pesanan Penuh Hikmah Buat Ebit Lew Dan Semua

Isu melibatkan pendakwah bebas popular Ebit Lew yang hangat tersebar pada waktu ini sedang disiasat pihak polis. Ia menjadi semakin hangat apabila berlaku beberapa pendedahan dari Firdaus Wong yang mewakili mangsa yang mendakwa telah menerima gangguan seksual. Untuk berita penuh boleh baca kronologi di bawah.

ADVERTISEMENT

BACA: Didakwa Atas Kes Gangguan Seksual, Ini Kronologi Kejadian Babitkan Ebit Lew

Bagaimanapun, hari ini kami tertarik dengan perkongsian dari Ustaz Amin yang memberikan kata-kata penuh hikmah buat sahabatnya Ebit Lew. Dari apa yang dikongsikan Ustaz Amin, nampaknya beliau turut masih tidak dapat mendapat sebarang perkembangan terkini daripada Ebit Lew.

“Hai la sahabat, apa khabar mu…”

Ustaz Amin yang berkongsi gambarnya bersama Ebit Lew itu bertanya khabar Ebit Lew. Dalam pada itu dia turut menulis beberapa kemungkinan yang berlaku dan mendoakan agar semuanya baik-baik.

Jika apa yang diperkata betul, semoga Allah memperbaiki diri mu dan memperbaiki akhlak semua orang yang mengatamu. Jika ia pembohongan semoga Allah merahmatimu dan menggantikan perkara yang lebih baik buatmu.

Jika nanti kau di syurga dan aku tiada carilah aku untuk ke sana, dan jika aku di tempat yang baik dan kau tiada aku berjanji akan mencarimu, jika kita berdua tiada di sana, semoga guru-guru kita dan orang-orang yang soleh yang kita kenal mencari kita. Amin ya Rabb..

Ustaz Amin turut mengingatkan mereka yang sedang giat mencari bukti supaya tidak keterlaluan perkara yang tidak berkenaan.

Biarkan yang bertangunggjawab menjalankan tugas

Kerana kita risau jika terlalu melampau dan beria-ria dalam menyebarkan keaiban, akan menyebabkan satu hari nanti Allah tidak menjaga dan memelihara keaiban kita pula.

Apa yang penting bagi Ustaz Amin adalah untuk kita bersama memperbaiki kelemahan diri. Ini kerana Allah tidak melihat kepada permulaan seseorang tetapi Allah melihat di mana penghujung setiap hambaNya.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas