Terdapat 130 orang guru yang mengajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor tak mahu menerima vaksin Covid-19 akan dipanggil bagi sesi penerangan kali kedua yang akan berlangsung dalam masa terdekat.
Menerusi laman Sinar Harian, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Exco Hal Ehwal Agama islam berkata, pakar-pakar kesihatan, agamawan dan mufti akan memberi maklumat mengenai pengambilan vaksin pada sesi penerangan itu nanti.
Sumbangan dan peranan diperlukan
Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, kalau mengikut perundangan, guru-guru tersebut yang menolak untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 boleh ditamatkan kontrak kerana mereka tidak berstatus penjawat tetap.
Namun, mereka masih memberi peluang kepada guru-guru tersebut dengan memberi kesedaran mengenai vaksinasi Covid-19.
Namun, kita melihat kepada sumbangan dan peranan mereka yang masih diperlukan jadi kita guna pendekatan bagi memberi pendidikan serta kesedaran kepada pihak terlibat.
Menurut Mohd Zawawi, ada satu kes kematian berlaku di Selangor akibat dari jangkitan wabak Covid-19 yang melibatkan seorang guru Kafa yang masih belum menerima suntikan vaksin.
Sebab itu pentingnya mereka ini divaksin. Murid Tahun Satu dan Dua juga akan divaksin, jadi guru juga haruslah menerima suntikan itu bagi menggelakkan risiko lebih bahaya.
Beliau menegaskan akan pentingnya buat guru-guru tersebut menerima vaksin. Diharapkan, selepas sesi penerangan nanti, mereka akan mendapat maklumat yang tepat dan memudahkan proses pembelajaran di sekolah.