Trending
Guru Didakwa Paksa Murid Beli Insurans Untuk Jadi Pengawas, PPD Klang Jalankan Siasatan
Sepasang suami isteri yang merupakan guru di sebuah sekolah di Klang, Selangor didakwa telah menyalahguna kuasa apabila memaksa murid-murid membeli insurans daripada mereka.
Memetik laporan Malaysiakini, aduan ini dibuat oleh seorang ibu mendakwa anaknya dipaksa membeli insurans nyawa bagi membolehkannya dilantik sebagai pengawas sekolah atau pembimbing rakan sebaya (PRS).
Kena beli insurans nyawa kalau nak jadi pengawas?

Tetapi, disebabkan masalah kewangan dia terpaksa menolak tawaran tersebut menyebabkan anaknya tidak dilantik menjadi pengawas.
Namun, anaknya didakwa masih dipaksa untuk membuat pembayaran insurans nyawa itu. Dalam aduan, si ibu dikatakan sudah membuat aduan kepada pihak sekolah tetapi tiada tindakan yang diambil.
Difahamkan, satu salinan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan timbalannya Wong Kah Woh serta jabatan pendidikan negeri juga telah dibuat untuk menangani isu ini.
Dalam perkembangan terkini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengesahkan telah menerima aduan mengenai dakwaan tersebut.
Aduan serius disiasat oleh PPD Klang

Pengarah JPN Selangor, Jafri Abu, memaklumkan pihaknya kini dalam proses meneliti aduan tersebut. Beliau turut mengesahkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang akan menjalankan siasatan terhadap perkara ini.
Ya, betul dan dalam makluman JPN. dalam penelitian JPN dan siasatan akan dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Malaysiakini
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM