Connect with us

Oh! Media

Guru Agama Didakwa Rogol 12 Pelajar Hingga Melahirkan 8 Bayi

Ea0f3325 bd62 44a1 87ad 604b29e86a2d

Trending

Guru Agama Didakwa Rogol 12 Pelajar Hingga Melahirkan 8 Bayi

Di Bandung Indonesia, seorang guru yang merupakan pengurus yayasan sekolah pondok didakwa telah melakukan perbuatan terkutuk iaitu merogol seramai 12 orang pelajarnya.

BACA: Remaja Kahwin Usia Muda, Dirogol 400 Lelaki Selama 6 Bulan

Memetik laporan Kompas TV, tertuduh yang dikenali sebagai Herry Wirawan dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2016 hingga 2021.

IKLAN

Kebanyakan daripada mangsa berumur antara 16 hingga 17 tahun.

Daripada 12 pelajar yang menjadi mangsa, 8 orang daripadanya telah melahirkan anak manakala 2 orang lagi sedang hamil.

Peguam, Agus Mudjoko berkata, salah seorang daripada mangsa ada yang sudah dua kali melahirkan anak akibat daripada perbuatan tertuduh.

Menurutnya, selain pondok tersebut tertuduh turut membawa mangsa ke apartmen dan hotel di Kota Bandung untuk melempiaskan nafsu.

Tertuduh didakwa memerangkap mangsa dengan janji-janji manis seperti menyambung pengajian di kolej serta dilantik menjadi pengurus pondok jika mereka bersedia menjadi pemuas nafsunya.

Ketua Seksyen Penerangan Undang-Undang Pejabat Pendakwa raya Jabar, Dodi Gazali Emil berkata, guru tersebut akan menjalani sesi perbicaraan pada 18 Disember ini.

Kredit: Kompas TV | Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas