Kalau Malaysia kecoh pasal harga ikan siakap RM1,000 di pulau Langkawi tapi lain pula ceritanya di Singapura. Bukan tentang harga ikan atau lauk lain yang dipertikai, tapi nasi putih yang dibuat dari beras atau padi.
Isu ini timbul bila seorang pelanggan meluahkan rasa terkejut dan tidak puas hatinya di media sosial selepas sebuah hotel mewah di Singapura mengenakan harga tidak masuk akal untuk semangkuk nasi.
Berdasarkan perkongsiannya di TikTok, dia telah menginap di suite presiden hotel Marina Bay Sands (MBS). Hotel yang macam ada kapal laut atas 3 banggunan tu gais. Dia yang makan di hotel berkenaan terkejut ‘beruk’ tengok bil hampir S$19.00 (RM58.53) hanya untuk 2 mangkuk kecil nasi putih. Sungguh dahsyat!
Harga semangkuk kecil macam harga 10kg beras weh!
Dia turut menunjukkan resit hotel berkenaan yang meletakkan harga setiap mangkuk nasi berharga S$8.00 (24.64) dan dikenakan pula caj perkhidmatan S$3.00 (RM9.24) untuk setiap mangkuk nasi yang dipesan.
“Beras MBS diperbuat daripada emas ke tu?” – Komen netizen.
Walaupun ramai juga yang terkejut dan mengecam MBS kerana harganya yang terlalu mahal, ada juga yang cuba memahami. Ada netizen yang mendakwa harga itu masuk akal untuk sebuah hotel yang sangat mewah dan pesanan pula dilakukan untuk dihantar terus ke bilik.
Ini adalah hotel yang sangat mewah. Penginapan satu malam di situ saja dah mencecah S$400 (RM1,229.09). Jadi, harga semangkuk nasi sampai begitu tak mengejutkan lagi-lagi ia adalah pesanan room service. – Kata seorang netizen.
Rasanya harga untuk setiap makanan yang disediakan di hotel sudah jelas dalam menu mereka. Jadi tepuk dada tanya poket, kalau rasa mampu dengan harga yang dipamerkan, jangan mengeluh ok!
Kredit: Independent
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.