Connect with us

Oh! Media

“Dia Sentiasa Pakai Kerana Menghargai” – Suami Dedah Gelang Emas Dipakai Norshamira Hadiah Darinya

Ohmedia gelang Emas

Trending

“Dia Sentiasa Pakai Kerana Menghargai” – Suami Dedah Gelang Emas Dipakai Norshamira Hadiah Darinya

Pihak polis mendedahkan motif pembunuhan Norshamira Zainal yang ditemui maut berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan adalah kerana mahu menyamun.

BACA: Kes Bunuh Norshamira: Suspek Ada Rekod Jenayah Perjudian

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, antara barang yang hilang adalah perhiasan termasuk gelang bernilai RM30,000 yang dipakai mangsa.

IKLAN

Gelang hadiah dari suami pada 2022

Norshamira

Lapor Kosmo!, suami kepada Norshamira iaitu Muhammad Afiq Akmal Nudin mendedahkan gelang emas yang dipakai oleh arwah merupakan hadiah istimewa daripadanya sebagai tanda kasih sayang.

Muhammad Afiq berkata, gelang itu dibelinya pada tahun 2022 dengan harga belasan ribu ringgit. Sejak dihadiahkan, isteri sentiasa memakai gelang itu sebagai tanda menghargai.

Mungkin sekarang harganya sudah naik berdasarkan harga emas semasa.

Tanda kenangan bersama arwah isteri

Muhammad Afiq berhasrat menyimpan gelang tersebut sebagai kenangan manis bersama arwah isterinya dan tidak bercadang untuk menjual atau memberikannya kepada sesiapa.

Terdahulu, suspek kes bunuh Norshamira sempat menggadai gelang emas di sebuah pajak gadai di Terengganu.

Susulan itu, polis telah menahan seorang pekerja kedai pajak gadai bagi membantu siasatan kes.

Ohmedia gelang Emas

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas