Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Kerja Sambilan, Lelaki Rugi RM50,000

Trending

Gara-Gara Kerja Sambilan, Lelaki Rugi RM50,000

Sejak negara kita dilanda virus pandemik, masyarakat dilihat sengsara selepas ramai dalam kalangan mereka yang kehilangan sumber pendapatan.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Cara Yang Digunakan Scammer Untuk Perdaya Guru Hingga Rugi RM57,850

Menurut data perangkaan Sistem Insurans Pekerjaan (IPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), seramai 140,608 orang telah hilang pekerjaan akibat pandemik.

Maka dari itu, hampir segelintir masyarakat telah mencuba pelbagai cara termasuklah melakukan kerja sambilan dan berniaga dari pagi sehingga malam.

Namun, disebalik kesusahan mereka, terdapat juga individu tidak bertanggungjawab yang cuba untuk melakukan penipuan serta memperdaya sumber pendapatan mereka.

Individu ditawar kerja sambilan rugi RM55,700

Perkara sama turut berlaku kepada seorang penyelia lombong untuk mendapatkan pendapatan lebih selepas ditipu seorang individu yang menawarkan kerja sambilan.

Mangsa yang mengalami kerugian sebanyak RM55,700 ditawarkan bekerja dengan menggunakan aplikasi Nice Jobs di laman Facebook.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa mengenali suspek melalui laman Facebook sejak April lalu.

Kata Mohd Wazir, suspek bernama ‘Ting Su LI’ telah diminta suspek untuk memuatnaik aplikasi Nice Jobs untuk memulakan pekerjaan sambilan itu.

Sebagai orang tengah, mangsa perlu membayar dahulu barangan dipesan pelanggan melalui aplikasi itu dan selepas barangan diterima pelanggan serta pembayaran dibuat, mangsa akan memperoleh komisen antara 10 hingga 15 peratus daripada harga barangan itu.

Pindah wang ke tiga akaun berbeza

Tambahnya lagi, mangsa yang terliur dengan tawaran itu mula memindahkan wang ke tiga akaun berbeza diberikan suspek sejak 22 Ogos hingga 2 September lalu.

Wang yang diberikan kepada suspek tersebut bagi tujuan pembelian barangan dipesan pelanggan melalui Nice Jobs dengan jumlah keseluruhan pemindahan RM55,700.

Aplikasi Nice Jobs yang menggunakan kata laluan diberikan suspek kepada mangsa juga sudah tidak boleh diakses lagi.

Sementara itu, mangsa menyedari dirinya ditipu apabila komisen yang dijanjikan tidak dibayar mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas