Samsung terus mengukuhkan kedudukannya dalam dunia tablet dengan pelancaran model terbaru Galaxy Tab S10 FE dan Galaxy Tab S10 FE+, yang kini tampil lebih pintar, lebih besar dan lebih mantap dari sebelumnya.
Diperkenalkan secara rasmi pada 2 April 2025, siri terbaru ini bukan sekadar dinaik taraf dari segi reka bentuk, malah ia membawa pelbagai ciri berkuasa AI yang menjadikan produktiviti dan kreativiti lebih mudah dicapai di mana sahaja, bila-bila masa.
Paparan Lebih Besar, Visual Lebih Hebat
Galaxy Tab S10 FE+ kini menampilkan skrin terbesar dalam siri FE setakat ini- 13.1 inci, iaitu hampir 12% lebih besar berbanding model sebelumnya. Dilengkapi dengan kadar segar semula 90Hz dan tahap kecerahan sehingga 800 nits, paparan ini dicipta untuk hiburan yang imersif dan pembelajaran tanpa gangguan.
Teknologi Vision Booster pula memastikan visual sentiasa jelas, walaupun di bawah cahaya matahari. Nak maraton drama kegemaran atau buat ulang kaji? No problem!
IKLAN
Reka Bentuk Nipis, Prestasi Padu
Siri Galaxy Tab S10 FE ini bukan sahaja ringan, malah ia 4% lebih ringan daripada model terdahulu tapi paling penting cukup tahan lasak dengan penarafan IP68 (kalis air dan debu).
Jadi, sama ada anda di rumah, pejabat, kampus atau di lapangan, tablet Samsung sedia menemani.
Dari segi prestasi, tab S10 FE menyokong multi-tasking, pembelajaran dan gaming dengan lancar. Korang boleh buka beberapa aplikasi sekaligus, nak buat nota, sunting gambara atau bertukar-tukar tugas tanpa lengah.
Malah, kamera belakang 13MP yang dipertingkat membolehkan rakaman foto dan dokumen dengan lebih jelas sesuai untuk pembelajaran mahupun kerja.
Kuasa AI Yang Memudahkan Segalanya
Ini mungkin ciri paling menarik, sokongan kecerdasan buatan (AI) yang kini tersedia terus dari kotak.
Antara fungsi yang korang kena cuba:
Circle to Search with Google – Cari apa saja di skrin hanya dengan melingkari imej atau teks, tanpa perlu tukar aplikasi.
Samsung Notes: Solve Math & Handwriting Help – Kirakan persamaan matematik daripada tulisan tangan korang dan kemas nota secara automatik.
Galaxy AI Key – Lancarkan pembantu AI dengan satu sentuhan pada papan kekunci Book Cover. Boleh diubah suai ikut gaya.
Object Eraser & Best Face – Sunting gambar dengan lebih bijak. Padam objek yang tak diingini dan gabungkan ekspresi terbaik untuk gambar berkumpulan.
Auto Trim – Gabungkan klip video ke dalam sorotan ringkas secara automatik, tanpa perlu pening kepala.
Bagi yang gemar melukis, menulis atau menyunting kandungan, aplikasi seperti LumaFusion, Goodnotes, Clip Studio Paint, Noteshelf 3 dan Picsart tersedia untuk digunakan terus.
Ekosistem Galaxy: Sambungan Yang Bijak
Galaxy Tab S10 FE juga sebati dengan ekosistem peranti Galaxy yang lain. Melalui Home Insight dan 3D Map View, korang boleh pantau status semua peranti SmartThings di rumah dari satu aplikasi menyeluruh di mana saja korang berada.
Keselamatan Bertaraf Profesional
Sebagaimana peranti Galaxy yang lain, siri ini dilindungi oleh Samsung Knox, sistem keselamatan bertaraf pertahanan yang melindungi data anda secara menyeluruh daripada ancaman luar dan dalam.
Produktiviti dan Hiburan Kini dalam Satu Peranti
Samsung Galaxy Tab S10 FE dan S10 FE+ membuktikan bahawa tablet ‘Fan Edition’ kini bukan lagi sekadar versi bajet, sebaliknya, ia hadir dengan ciri premium, prestasi pintar dan rekaan versatil.
Galaxy Tab S10 FE dijual pada harga bermula RM2,199, manakala Galaxy Tab S10 FE+ dijual pada harga RM2,799 dengan 3 pilihan warna Kelabu, Perak dan Biru.
Sama ada korang pelajar, pekerja kreatif, penggemar hiburan atau sekadar ingin tablet yang tahan lasak dan mudah dibawa, siri ini mampu menyesuaikan diri dengan gaya hidup moden.