Connect with us

Oh! Media

Gagal Dikawal, Pesawat Terhempas Dalam Pasar Raya

pasar raya

Trending

Gagal Dikawal, Pesawat Terhempas Dalam Pasar Raya

Kejadian di bandar raya Mexico, sebuah pesawat ringan telah terhempas ke dalam sebuah pasar raya dan menyebabkan tiga orang terbunuh.

ADVERTISEMENT

BACA: Pesawat Boeing 737 Terhempas Di China, Bawa 133 Penumpang

Menerusi laporan Kosmo, berdasarkan beberapa kepingan gambar, bangkai pesawat itu berada di kejiranan Azteca, Temixco.

pasar raya
Foto: Kosmo

Agensi Perlindungan Awam Persekutuan telah memberi jaminan kepada orang ramai untuk tidak perlu bimbang akan sebarang letupan dan tak ada bahaya lain yang berlaku di lokasi tersebut.

Saksi yang melihat pesawat itu menyatakan bahawa pesawat tersebut mengalami masalah untuk berada di udara dan keadaannya yang gagal dikawal oleh juruterbang, menyebabkan ia terhempas ke dalam pasar raya.

Asap keluar dari salah sebuah enjinnya sebelum pesawat terhempas.

Pesawat tersebut dikatakan berlepas dari pelabuhan Acapulco dan menuju ke negeri Puebla. Dua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital dan mangsa lain dibenarkan balik ke rumah.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas