Connect with us

Oh! Media

Foto Pemilik ‘Kancil Lejen’ Tersebar Selepas Kereta Disita

42780f1f 52c8 4852 93a7 b3182694fb11

Trending

Foto Pemilik ‘Kancil Lejen’ Tersebar Selepas Kereta Disita

Baru-baru ini tular sekali lagi di media sosial gambar kereta kancil yang kelihatan sangat uzur yang digelar ‘Kancil Lejen’. Untuk pengetahuan, kereta kancil tersebut telah ditahan pihak polis kerana pemiliknya tidak memiliki lesen memandu.

Bukan setakat pemiliknya tiada lesen memandu, kereta itu juga tidak memiliki cukai jalan yang sah. Kalau korang tengok pada kondisi kancil ini sangatlah teruk kerana tidak berbumbung dan hanya ditutup dengan kanvas serta kadbod. Tayar belah kanan pun pecah!

Bukan tu jer, menurut laporan Pandu Laju, terdapat sebuah lagi kereta Kancil yang berwarna hijau ditahan kerana tiada nombor pendaftaran dan cermin pintu belakang disebelah kiri pecah.

IKLAN

Kisah Kancil ini tular kemudian, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkongsi di laman Facebooknya dan membuat laporan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disebabkan Kancil tersebut membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Disebabkan ianya telah lama tular dan tidak dihuraukan oleh pihak berkuasa, timbul desas desus dalam kalangan netizen  mengatakan yang ‘Kancil Lejen’ tersebut adalah milik perisik Polis.

071f2282 b16c 4ff2 8938 58d053c1fbec

Walaubagaimanapun, pemilik ‘Kancil Lejen’ itu masih belum didedahkan tapi, terdapat beberapa gambar yang menunjukkan paras rupa pemiliknya yang kelihatan berambut panjang. Apa pandangan korang? Perisik ke tu? 

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas