Trending
Didakwa Menfitnah, Pegawai Tinggi Tentera Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Chegubard
Didakwa buat kenyataan berunsur fitnah, Chegubard disaman pegawai tinggi tentera.
Pada
Didakwa buat kenyataan berunsur fitnah, Chegubard disaman pegawai tinggi tentera.
Oleh
Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila didakwa menyebarkan dakwaan tidak berasas terhadap seorang pegawai kanan tentera.
Terkini! Berita Harian melaporkan Chegubard kini berdepan 18 tuntutan saman yang difailkan oleh Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Laksamana Madya Datuk Sabri Zali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Menurut peguam, Muhammad Firdaus Jumaluddin, pihaknya mengemukakan saman itu selepas tiada sebarang maklum balas daripada pihak Chegubard untuk menurunkan penyataan yang berunsur fitnah serta mengelirukan orang ramai.
Firdaus berkata penyebaran dakwaan tersebut telah menyebabkan kerosakan besar terhadap reputasi Sabri sebagai pegawai kanan tentera, lebih-lebih lagi apabila ditambah dengan komen berunsur tohmahan oleh warganet.
Secara keseluruhannya perkara ini telah menyebabkan kerosakan reputasi serius yang tidak boleh dipulihkan melalui penjelasan semata-mata.
Beliau turut menegaskan bahawa Sabri tidak pernah didakwa atau disabitkan dengan apa-apa kesalahan melibatkan rasuah, salah guna kuasa atau salah laku seperti yang dituduh.

Tambahnya, dakwaan tidak benar boleh memesongkan persepsi orang ramai terhadap sumbangan beliau sebagai seorang pegawai tentera kanan.
Firdaus menyeru agar semua pihak memberi ruang kepada sistem kehakiman untuk menjalankan prosesnya dengan adil dan saksama tanpa sebarang gangguan daripada pihak luar.
Buat masa ini, nilai tuntutan saman masih belum ditentukan dan akan dibincangkan semasa sebutan kes yang dijangka berlangsung bulan hadapan.
Terdahulu, Chegubard mendakwa Sabri terlibat dalam kesalahan berkaitan rasuah dengan mendedahkan satu set dokumen yang dikatakan merangkumi kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diterima oleh pertubuhan Pembela Tanah Air (PETA) pada Mei 2024.
Pssttt! Bila melibatkan reputasi, lebih-lebih lagi penjawat awam berpangkat tinggi, sebarang dakwaan perlu disertakan dengan bukti kukuh. Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
BN umum 21 calon PRN Melaka ke-16 dengan lapan muka baharu diketengahkan, manakala beberapa penyandang digugurkan...
PH mempertaruhkan 21 calon daripada PKR, DAP dan Amanah pada PRN Melaka ke-16. Ini senarai penuh...
Intipati berita Bapa kepada usahawan dan penyanyi, Cik B iaitu Mohd Amin Yasin dilaporkan meninggal dunia...
Fazley Yaakob luah rasa cinta buat Datuk Seri Vida sempena hari lahir ke-55 dan akui tak...
Mimi Lana tampil memberi kata-kata semangat kepada Amir Ahnaf yang dikecam netizen selepas komen kontroversi mengenai...