Trending
Fattah Amin Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Dakwaan Curang Ketika Bersama Fazura
Fattah Amin bersuara mengenai dakwaan ada orang ketiga yang ganggu rumah tangganya dengan Fazura sebelum ini.
Pelakon popular, Fattah Amin akhirnya bersuara mengenai fitnah kononnya wujud orang ketiga dalam perkahwinannya bersama Nur Fazura.
Menurut laporan mStar, Fattah berkata pihaknya sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan dakwaan tidak berasas itu di media sosial.
Sekarang ini bukan lagi untuk mempertimbangkan, tetapi sedang uruskan tindakan undang-undang.
Ada yang sengaja nak jatuhkan Imej Fattah Amin

Fattah berkata dia tidak sedar isu tersebut pada awalnya, sehinggalah diberitahu oleh pengurusan dan para peminatnya sendiri.
Daripada apa yang diberitahu pengurusan, memang ada segelintir yang mahu calarkan imej saya.
Tambahnya lagi, dia tidak terlepas daripada kontroversi selaku anak seni dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan rumah tangganya retak kerana pihak ketiga.
Tular di Threads, dituduh jadi ‘perampas’?

Isu mula tular selepas sepasang suami isteri yang juga personaliti media sosial membuat pendedahan rumah tangga mereka diganggu pihak ketiga.
Mereka turut mendakwa individu sama turut terlibat dalam keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura serta memetik nama seorang penyanyi yang dikatakan menjadi ‘batu api’.
Namun, kesahihan dakwaan itu masih tidak dapat dipastikan dan kini bakal dibawa ke muka pengadilan.
Pssttt! Hati-hati dalam menyebarkan cerita, lebih-lebih lagi melibatkan rumah tangga orang. Jangan jadi punca fitnah yang boleh merosakkan maruah dan karier seseorang.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
