Connect with us

Oh! Media

Fasha Sandha Sering Ke Rumah Bekas Mentua, Suami Izinkan

Oh! Artis

Fasha Sandha Sering Ke Rumah Bekas Mentua, Suami Izinkan

Pelakon terkenal, Fasha Sandha dilihat sering berkunjung ke rumah bekas mentuanya walaupun telah berkahwin dengan suaminya, Aidil Aziz. Sehubungan itu, Fasha tampil berikan penjelasan tentang isu ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Fasha Sandha Ingin Cahaya Mata Lelaki, Rancang Jalani IVF Tahun Depan

Menurut laporan mStar, pelakon itu berkata Aidil tak halang dia untuk berkunjung ke sana dan suaminya menggalakkan bagi menjaga silaturrahim.

Tindakan suaminya membuatkan Fasha anggap dia adalah wanita bertuah kerana dikurniakan suami seperti Aidil.

Saya tidak akan sesekali buat sebarang keputusan tanpa izin Aidil.

Saya selalu berdoa agar perkahwinan dan persahabatan kami kekal selamanya.

Fasha menyatakan dia tetap hormat suaminya dan Aidil juga beri izin memandangkan mempunyai dua cahaya mata bersama bekas suami.

Terdahulu, Fasha telah bercerai dengan bekas suami, Datuk Rizal Ashram namun dia anggap hubungan dengan mentua tidak akan putus.

Fasha juga menyatakan dia ada merancang untuk beraya di sana pada tahun ini dan bekas mentuanya juga menjemput Aidil sekali.

Saya baru balik berbuka puasa di rumah keluarga bekas suami. Walau macam mana pun mereka masih mentua saya, hubungan yang tidak akan putus sampai bila-bila.

Daripada tahun lepas lagi aktiviti seperti ini kami lakukan. Ada perancangan juga nak beraya di sana cuma belum tahu raya ke berapa.

Aidil pun okay sebab mereka jemput suami sekali tapi apa-apa pun saya kena minta izinnya terlebih dahulu sebelum ke sana.

Pelakon itu juga menyifatkan suaminya sebagai sahabat yang boleh berkongsi semua perkara dan kini menjalani kehidupan yang sederhana.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas