Trending
Fara Salleh Pertahankan Diri, Shuk Sahar Pernah Hina Dirinya ‘Papan’ Dan ‘Pelac*r’
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh menafikan dakwaan kononnya menghalang suaminya daripada berhubung dengan anak-anak.
BACA: “Ugut Itu Ini Minta Cerai Bagai” – Fara Salleh Tak Bagi Shuk Sahar Jumpa Atau Call Anak Sendiri?
Difahamkan respon balas ini untuk mempertahankan diri daripada tuduhan yang dibuat oleh rakan Shuk dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai.
Fara Salleh nafi halang Shuk jumpa anak

Menurut Fara, dia mempunyai bukti Shuk membuat panggilan video dengan anak-anaknya di rumah. Dia meminta rakan Shuk memeriksa bukti dirakam kamera CCTV di rumah mereka.
Shuk cerita apa dekat kau sampai kata video call anak pun tak boleh? Sedangkan dekat rumah tu ada CCTV, minta la dia CCTV elok je anak-anak dia call VC semua time aku ada rumah. Aku halang apa elok je si gemuk tu jumpa anak hari tu bawa kau sekali tidur hotel kan.
Tak cukup dengan itu, Fara mendakwa mentalnya terganggu sejak berkahwin dengan Shuk Sahar. Dia berdepan dengan pelbagai hinaan termasuk pernah digelar sebagai ‘papan’ dan pelacur.
Lebih mengejutkan apabila Fara juga didakwa pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Fara banyak kali dihina oleh suami sendiri

Wanita yang hamil anak sulung ini berharap rakan Shuk tidak mencampuri urusan rumahtangganya. Namun, Fara percaya apa yang dilakukan di atas arahan Shuk sendiri.


Terdahulu, konflik rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan selepas Fara tampil membuat pendedahan di media sosial.
Fara juga nekad untuk berpisah mendakwa Shuk mementingkan rakan-rakan berbanding keluarga sendiri.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Fara Salleh
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM