Oh! Tidak

Fahmi Fadzil Arah Batal Festival Good Vibes Serta Merta Gara-Gara Kelakuan Biadap Matty Healy

Published on

Kelakuan biadap atas pentas dan mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap undang-undang Malaysia telah sebabkan semua yang terlibat terima akibat.

BACA: Matty Healy Biadap Ketika Persembahan! Ini Apa Akan Dilakukan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

Ini apabila, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan pihak penganjur untuk membatalkan semua acara serta merta. Fahmi sebelum itu telah bertemu dengan penganjur festival, Future Sound Asia dan mendapatkan laporan penuh pihak berkuasa.

Fahmi Fadzil tidak akan beri muka…

Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.

Justeru, saya telah mengarahkan PEMBATALAN SERTA MERTA baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok, 23 Julai 2023.

Bagaimanapun, Fahmi turut mengakui keputusan ini akan memberi kesan kepada mereka yang telahpun membeli tiket festival. Disebabkan itu, pihak penganjur turut diarahkan untuk mencari jalan untuk memberikan ganti rugi kepada pembeli.

Susulan itu, pihak penganjur juga telah mengeluarkan memo berkenaan pembatalan festival.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version