Trending
Fahmi Fadzil Akhirnya Jawab Dakwaan Kes Mahkamah Ugut Pemimpin UMNO
Fahmi Fadzil menolak dakwaan kes mahkamah digunakan untuk mengugut pemimpin UMNO dan tegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam siasatan.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa tindakan mahkamah dan agensi penguat kuasa digunakan untuk mengugut pemimpin UMNO.
Menurut laporan Berita Harian, beliau menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pentadbiran Kerajaan Perpaduan sentiasa konsisten untuk tidak mencampuri urusan agensi penguatkuasaan.
Katanya, kerajaan tidak masuk campur sama ada untuk memulakan atau menghentikan siasatan terhadap mana-mana kes.
Itu tidak benar (bahawa kes mahkamah digunakan untuk mengugut pemimpin UMNO).
Perkara itu bukan dinyatakan Perdana Menteri atau parti, tetapi titah Seri Paduka Baginda… kerajaan mesti menjunjung titah Agong.
Isu TH dan FELDA perlu disiasat

Fahmi turut memberikan contoh berkaitan isu Lembaga Tabung Haji (TH) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah menitahkan supaya perkara berkenaan disiasat sehingga ke akar umbi.
Pada 8 Ogos lalu, Sultan Ibrahim turut menegaskan bahawa tiada sesiapa yang bersalah dalam isu melibatkan TH dan FELDA boleh terlepas daripada tindakan.
Baginda juga bertitah supaya sebarang siasatan berkaitan isu berkenaan dijalankan secara menyeluruh.
Fahmi Fadzil tegaskan kerajaan mahu fokus tadbir urus

Dalam pada itu, Fahmi berkata keutamaan Kerajaan Perpaduan ketika ini adalah memastikan usaha memperkukuh tadbir urus, pengurusan serta reformasi institusi dapat diteruskan.
Beliau berkata perkara itu penting, terutama dalam tempoh berbaki bagi penggal semasa.
Ditanya sama ada isu berkenaan boleh menjejaskan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, Fahmi percaya pentadbiran sedia ada mampu terus menjalankan tanggungjawab sehingga tamat penggal.
Saya percaya kami boleh melakukan yang terbaik sehingga ke akhir penggal.
Nota Oh! Media:
Apa sahaja dakwaan berkaitan isu politik dan penguatkuasaan perlu dilihat berdasarkan fakta serta proses undang-undang. Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan hanya berdasarkan dakwaan atau cerita yang belum disahkan.
Sumber: Berita Harian
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.
