Connect with us

Oh! Media

Ejen Insurans Bakar Lapan Kereta Ditahan

Trending

Ejen Insurans Bakar Lapan Kereta Ditahan

Makin maju, makin licik cara yang digunakan oleh orang-orang dekat luar sana untuk dapatkan duit. Yang sanggup bakar rumah sendiri untuk dapat pampasan insurans pun ada. Dah tu sempat pula keluarkan barang-barang penting sebelum panggil Bomba untuk padamkan api.

ADVERTISEMENT

Hari ni pula dilaporkan ada seorang ejen insurans yang sanggup berpakat dengan pemilik kereta untuk dapatkan komisen tuntutan insurans. Ejen insurans dengan pemilik itu dikatakan membakar kenderaan dengan menggunakan kerosin.

Pada tahun ini sahaja telah ada tiga kes yang diterima oleh pihak polis membabitkan kejadian kenderaan yang dipercayai dibakar dengan sengaja dan membuatkan penduduk setempat di kondominium di Sri Putramas berasa bimbang.

Kejadian pertama dilaporkan pada 9 Jun lalu membabitkan tiga kereta, manakala kejadian kedua pada 4 Julai lalu membabitkan tiga kereta dan kejadian ketiga pada 16 November lalu membabitkan dua kereta.

Semua kejadian itu berlaku antara 12.30 tengah malam hingga 4.30 pagi.

Jumlah keseluruhan kereta yang dibakar adalah lapan membabitkan model Mercedes Benz, Bentley, Toyota, Perodua dan Nissan dianggarkan bernilai RM190,000. – Kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid.

Pihak polis telah pun menahan lelaki tempatan yang berusia 35 tahun di hotel di Genting Highlands, Bentong, Pahang 11 malam, kelmarin.

Hasil soal siasat yang dilakukan oleh polis mendapati, modus operandi kegiatan suspek adalah dengan mengenal pasti pemilik kereta dan kemudian berpakat dengan mereka sebelum membakar kenderaan menggunakan gas kerosin untuk mendapatkan komisen tuntutan insuran.

Dengan penahanan suspek, pihak polis yakin mereka telah berjaya menyelesaikan tiga kes kenderaan dibakar yang pernah dilaporkan di kondominium Sri Putramas.

Korang dekat luar sana tu jangan sesekali cuba cara licik macam ni untuk dapatkan duit. Walau terdesak sekali pun fikir-fikir la keluarga dekat rumah. Kena tangkap sia-sia je, nanti anak bini siapa nak bagi makan.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas